Hey Guest.  Log in / Sign up now(77)
About Us

Pengenalan Syarikat Pengeluar Bantal DAG

DAS ABDUL GLOBAL SDN BHD (DAG) telah ditubuhkan pada 24 Februari 2016 di Parit Raja, Johor. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Tuan Das Abdul selaku Chief Executive Officer dan isterinya, Puan Sapinah Muhammad selaku Co Founder Managing Director. Car booth Sale menjadi platform pertama beliau menjual bantal bersama isteri di pasar malam Parit Raja Johor. Idea tercetus selepas beliau membaca posting daripada Dr. Azizan Osman yang juga merupakan mentor pemasaran No 1 Asia, memberikan info untuk berniaga apa yang ada ditangan ketika itu, dan hanya bantal sahaja ada ditangan beliau. Sehingga kini, DAG telah menjual sebanyak lebih 2 Juta unit bantal